Pesanan Panaja

Thursday, July 2, 2015

Kaunter Zakat ‘Drive Thru’ Yang Cepat Lagi Mudah Di Putrajaya


DI pertengahan bulan Ramadan ini, pasti ramai yang berpusu-pusu untuk membayar zakat fitrah yang merupakan fardhu ain ke atas setiap orang Islam.

Kewajipan yang dilaksanakan di bulan mulia ini bertujuan membersihkan dan menyucikan jiwa mereka yang berpuasa daripada perkara sia-sia, seterusnya bayaran fitrah tersebut dapat digunakan bagi membantu golongan fakir dan Asnaf (golongan layak menerima zakat) membuat persiapan menyambut Hari Raya.




Maka bagi memudahkan pembayaran zakat dilakukan, pihak Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (MTMZA) di Presint 3, Putrajaya telah menjalankan idea bernas iaitu membuka kaunter khas Zakat Fitrah secara pandu lalu atau “drive thru” bagi memudahkan urusan pembayaran zakat dilakukan.

zakat

Pembayaran zakat fitrah secara drive thru ini merupakan idea imam besar MTMZA, Hazaruddin Baharuddin di mana ianya merupakan salah satu cara membantu orang awam khususnya di Putrajaya membayar zakat dengan cepat dan mudah.

zakat3

Menurut Azmuddin Ariffin, 29, Amil yang bertugas, beliau menyatakan jumlah pembayar zakat meningkat dua kali ganda dari sebelumnya setelah menggunakan kaedah tersebut di masjid.

“Sejak kaunter zakat drive thru ini beroperasi pada tahun 2011, jumlah kutipan zakat fitrah meningkat setiap tahun di mana setiap seorang amil yang bertugas memegang 100 buah buku resit zakat berbanding 50 buah buku sebelum kaunter ini dibuka.

Kaunter-zakat-drive-thru

“Kaunter zakat fitrah drive thru beroperasi di Lobi Utama, MTMZA dibuka seawal jam 8.00 pagi hingga 7.00 malam di sepanjang bulan Ramadan,” katanya memetik laporan Myputrajayanews.

Beliau turut berpesan agar orang awam khususnya muslimin dan muslimat di Putrajaya sentiasa peka dan mengambil berat terhadap pembayaran zakat fitrah yang wajib dibayar oleh umat Islam.

Jadi buat pembaca semua, jangan lepaskan peluang anda untuk merasai sendiri pengalaman membayar zakat secara drive thru tanpa perlu beratur panjang dan mudah ini.

– MYNEWSHUB.CC

No comments:

Post a Comment