Pesanan Panaja

Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts

Thursday, July 9, 2015

Iktikaf di masjid dianggap jenayah di Mesir


PETALING JAYA: Presiden Mesir Abdul Fattah al Sissi dilihat cuba mengukuhkan cengkaman ke atas penduduk negara itu dengan melaksanakan undang-undang yang lebih ketat di bulan Ramadan.

Terbaru membabitkan mereka yang beriktikaf di dalam masjid.

Jika ingkar dengan arahan yang dikeluarkan, mereka dianggap melakukan jenayah kerana melakukan perhimpunan haram.

Wednesday, July 8, 2015

Khutbah: Ahli Badar Semulia-Mulia Orang Beriman

Badar

"BadarSinopsis: Di antara peristiwa penting dalam bulan Ramadhan ialah Perang Badar.

Orang beriman yang awal, baharu sahaja berhijrah ke Madinah tetapi ditakdirkan pula berperang di Badar dalam bulan yang mulia ini.

DSTG Presiden PAS menghuraikannya dalam khutbah berikut pada 3 Jul 2015 :

Monday, July 6, 2015

Nuzul al-Quran, puasa Ramadan eratkan hubungan kaum


SAYA tidak akan pernah jemu menceritakan dua peristiwa berkaitan Ramadan saat berkuliah. Ini kisah kenalan Kristian dan wanita tua Hindu apabila berbicara tentang kedudukan puasa Ramadan. Kenalan Kristian asal Sabah itu bercerita darihal amalan puasa yang dilaluinya menurut Bible. Khabarnya, agak ketat.

“Sepanjang berpuasa 40 hari itu, kalau lapar dan dahaga, boleh minum air kosong dan bertih saja,” katanya. Beliau berbangsa Dusun. Aliran mazhab Kristian mana, saya kurang pasti.

Ramadan bulan perlawanan


INI bulan perlawanan buat mahasiswa. Perlawanan menentang nafsu kelembaban. Nafsu yang meniadakan rasa mahu melawan kezaliman.Nafsu yang mendiamkan mahasiswa dari berkatakata di hadapan pemerintah yang zalim.

Nafsu yang menjolokjolok untuk rasa tiada apaapa yang berlaku, pulang pula ke kampung berbuka dengan juadah rakus dari bazar. Sedang ada berbelas mahasiswa mendada ancaman.

Mudarat rokok ketika puasa


Menurut beliau, berbuka puasa dengan terus menghisap rokok dengan banyak tanpa makan atau minum terlebih dahulu amat berbahaya kerana badan mereka dalam keadaan memerlukan air dan tenaga setelah seharian suntuk berpuasa. 

Ketika waktu berbuka puasa, badan memerlukan cecair, glukosa dan oksigen. Perbuatan merokok dikatakan boleh menyebabkan pengecutan salur darah lalu menghalang pengaliran oksigen.
Beliau juga mendakwa merokok dalam keadaan berlapar boleh menyebabkan darah memekat lalu menyebabkan pelbagai komplikasi lain seperti arteri tersumbat dan darah tinggi.

Thursday, July 2, 2015

Kaunter Zakat ‘Drive Thru’ Yang Cepat Lagi Mudah Di Putrajaya


DI pertengahan bulan Ramadan ini, pasti ramai yang berpusu-pusu untuk membayar zakat fitrah yang merupakan fardhu ain ke atas setiap orang Islam.

Kewajipan yang dilaksanakan di bulan mulia ini bertujuan membersihkan dan menyucikan jiwa mereka yang berpuasa daripada perkara sia-sia, seterusnya bayaran fitrah tersebut dapat digunakan bagi membantu golongan fakir dan Asnaf (golongan layak menerima zakat) membuat persiapan menyambut Hari Raya.

Thursday, June 25, 2015

Kedai makan tidak boleh operasi selepas 12 malam?

Image result for shahidan kassim

KUALA LUMPUR - Kedai makan tidak boleh beroperasi selepas jam 12 malam sebagai langkah membendung gejala sosial adalah antara cadangan yang akan dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Sosial Negara (MSN) minggu depan.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, cadangan itu, termasuk mengehadkan waktu operasi pusat hiburan, akan turut diambil perhatian pihak berwajib dalam menangani gejala sosial yang semakin meruncing ketika ini.

Bahaya Soft Drink Untuk Buka Puasa ?


Meminum soft drink saat bulan puasa Ramadhan seperti sekarang, pada waktu malam, terutama ketika berbuka, memang sangat menggoda. Bagaimana tidak, setelah puasa seharian, tenggorokan kita sepertinya akan terasa segar jika dilewati dengan minuman seperti ini. Ditambah, dengan alasan, soft drink tidak seperti minuman suplemen yang mempunyai efek yang sangat berat bagi tubuh, maka kita merasa aman untuk mengonsumsi soft drink. 

Wednesday, June 17, 2015

Kali Pertama Satu Dunia Mula Puasa Serentak


LONDON – Buat julung kali dalam sejarah, umat Islam di seluruh dunia akan mula berpuasa wajib Ramadan 1436 Hijrah secara serentak pada Khamis, lapor portal berita antarabangsa, International Business Times lewat Selasa.

Pihak berkuasa hal ehwal agama Islam di benua Eropah, Amerika, Afrika, Australia dan Asia sepakat bersetuju menetapkan tarikh 1 Ramadan jatuh pada 18 Jun 2015 sekali gus, bulan Syaaban genap 30 hari pada Rabu.


Ramadan, Fakta Amalan Sunnah 3


Ramadan, Masih ada lagi tentangnya kita tidak tahu! Ramadan adalah bulan bonus dengan gandaan pahala yang ‘unknown, unlimited, infinite’ tetapi pastinya jauh lebih besar daripada 700 kali ganda.  Hadith Qudsi: "Setiap amalan anak Adam adalah digandakan pahalanya kepada sepuluh hingga 700 kali ganda, maka berkata Allah SWT : Kecuali puasa, sesungguhnya ia adalah khas untukKu dan Akulah yang akan membalas kebaikannya, mereka meninggalkan makanan, minuman dan syahwat mereka (di siang hari) hanya keranaKu" (Riwayat Al-Bukhari & Muslim) .

China larang penduduk Islam Xinjiang berpuasa


BEIJING 17 Jun - Umat Islam di wilayah Xinjiang, barat China bakal menyambut Ramadan pada tahun ini dengan perasaan dukacita, selepas beberapa buah kerajaan tempatan mengeluarkan notis larangan meraikan bulan penuh keberkatan itu termasuk memaksa penjawat awam berjanji untuk tidak berpuasa.

Sambutlah Ramadhan dengan sepenuh ketaqwaan


Seluruh ummat Islam di Malaysia akan mula menunaikan ibadat puasa sebulan di Ramadhan. Maka dengan ini, saya mengambil kesempatan yang ada ini untuk berpesan kepada diri saya, ahli PAS dan seluruh rakyat Malaysia supaya mengambil kesempatan yang ada untuk kita mengejar redha Allah SWT dengan Islam yang sempurna ini.

Sunday, July 6, 2014

Model tudung terkenal dicekup berasmara ketika orang bertarawih


Seorang model tudung fan juga pakaian dicekup berkhalwat bersama pasangannya di sebuah hotel di Lebuhraya Darulaman, Alor Setar malam tadi ketika umat Islam sedang gigih melakukan solat tarawih dan amal ibadat. 

Thursday, August 1, 2013

Lailatul Qadar: Jangan lepaskannya


Lailatul Qadar atau Malam al-Qadar telah diketahui umum sebagai malam yang amat istimewa buat seluruh umat Islam. Ia berdasarkan ayat al-Quran dari surah al-Qadr. Firman Allah SWT, eretinya:


"Malam al-Qadar lebih baik dari seribu bulan." (Surah al-Qadr : ayat 2).

Carilah malam al-Qadar dengan ikhlas dan amal


Zaharuddin Abd Rahman,

01 Ogs 2013
Tarikhnya Berubah atau Tetap Setiap Tahun?

Sebahagian ulama mengatakannya bersifat tetap pada setiap tahun iaitu pada malam 27 Ramadhan, manakala majoriti ulama termasuk Imam An-Nawawi dan as-Syafie pula berpendapat ia bertukar-tukar pada setiap tahun dan tidak kekal pada satu tarikh (Al-Majmu' 6/450).

Saturday, July 13, 2013

Hadis Mushkil Sesungguhnya Puasa Untuk-Ku Dan Aku Membalasnya


"Hadis Mushkil Sesungguhnya Puasa Untuk-Ku Dan Aku Membalasnya
Muhammad Hanief bin Awang Yahaya, www.darulkautsar.net

 عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ اللَّهُ كُلُّ عَمَلِ ابْنِ آدَمَ لَهُ إِلَّا الصِّيَامَ فَإِنَّهُ لِي وَأَنَا أَجْزِي بِهِ وَالصِّيَامُ جُنَّةٌ وَإِذَا كَانَ يَوْمُ صَوْمِ أَحَدِكُمْ فَلَا يَرْفُثْ وَلَا يَصْخَبْ فَإِنْ سَابَّهُ أَحَدٌ أَوْ قَاتَلَهُ فَلْيَقُلْ إِنِّي امْرُؤٌ صَائِمٌ وَالَّذِي نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ لَخُلُوفُ فَمِ الصَّائِمِ أَطْيَبُ عِنْدَ اللَّهِ مِنْ رِيحِ الْمِسْكِ لِلصَّائِمِ فَرْحَتَانِ يَفْرَحُهُمَا إِذَا أَفْطَرَ فَرِحَ وَإِذَا لَقِيَ رَبَّهُ فَرِحَ بِصَوْمِهِ
Hadis Mushkil Sesungguhnya Puasa Untuk-Ku Dan Aku Membalasnya


Muhammad Hanief bin Awang Yahaya, www.darulkautsar.net


Sunday, July 31, 2011

Amalan Sunnah Khusus Bulan Ramadhan


1.  Keutamaan Sahur Dan Mentakhirkannya Selama Tidak Khuatir Akan Terbitnya Fajar
Dari Anas radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda:  “Bersahurlah kamu sekalian kerana sesungguhnya di dalam sahur itu terdapat barakah.”  (HR Bukhari & Muslim)
Dari Zaid bin Tsabit radhiAllahu ‘anhu berkata:  “Kami sahur bersama-sama dengan Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam, kemudian kami melaksanakan solat.”  Ada seseorang bertanya:  “Berapa lama antara sahur dengan solat itu?”  Ia menjawab:  “Kira-kira 50 ayat.”  (HR Bukhari & Muslim)

Salam Awal Ramadhan


Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:   

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada); 
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri; 
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.