Pesanan Panaja

Showing posts with label dr asri. Show all posts
Showing posts with label dr asri. Show all posts

Monday, May 5, 2014

Asri bantah ulama muda Umno katakan Muslimah bantah GST pelacur kelas atasan

"OLEH DIYANA IBRAHIM
May 05, 2014

Bekas mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyelar ‎kenyataan ulama muda Umno dan menyifatkannya sebagai tindakan biadap apabila menyamakan Muslimah bertudung labuh yang menyertai perhimpunan Bantah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada 1 Mei lalu dengan pelacur kelas atasan.

‎Katanya, tindakan Setiausaha Ulama Muda Umno (Ilmu), Mohd Radzi Othman menggunakan hadis dilihat bukan sahaja menghina malah ia amat menjatuhkan martabat Rasulullah.

Friday, April 25, 2014

Saya Minta Dia (Erma Fatima) Perbetul Kenyataan.. -Dr Asri



Kuala Lumpur: Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin menyifatkan kenyataan Erma Fatima mempertahankan adegan berkemban dalam filem Takhta sebagai tidak wajar. Bekas Mufti Perlis berkata, walaupun niatnya ingin mempertontonkan kehidupan orang Melayu ketika zaman lalu namun dia harus memikirkan cara lain yang lebih rasional dan sesuai dengan keadaan masyarakat sekarang.

Katanya adegan sebegitu tidak perlu dalam filem Malaysia.

Friday, April 18, 2014

Jangan ‘main ceduk’ apa saja ke bakul agama – Dr Mohd Asri Zainul Abidin



"April 17, 2014

Menjadi satu masalah yang besar apabila penceramah ataupun penulis mengutip semua cerita yang dia jumpa dalam buku tanpa mampu menilai kemunasabahannya. Bagi mereka yang tidak memahami disiplin ilmu, menganggap setiap yang ada dalam kitab itu sahih. Terbaru kita dengar ada pihak mempopularkan cerita memanggil arwah di Telaga Barahut (Barahut atau disebut juga Burhut seperti yang dinyatakan dalam Lisan al-'Arab).

Kononnya, ada orang memanggil roh dari telaga berkenaan untuk mengetahui di mana hartanya disimpan oleh kawannya sebelum dia meninggal dunia. Mungkin niatnya ikhlas, tapi cerita itu tidak berasas dan 'kartun' sekalipun disebut dalam beberapa kitab. Saya terbayang, jika ini benar, bolehlah kita pergi panggil roh-roh penumpang MH370 dan bertanya di manakah kapal terbang berkenaan hilang.

Sunday, September 15, 2013

Lagi pedas Dr Maza bantai Fathul Bari



"Hari ini Fathul bari menjawab kontroversi “Barang Naik Ketentuan Allah” seperti yang disiarkan sebelum ini di sini.

Nampaknya perbahasan ini diteruskan lagi oleh mereka. Dr Maza membuat tweet di akaun beliau dengan memaparkan keratan jawapan Fathul Bari di TMI