Pesanan Panaja

Showing posts with label pendapat. Show all posts
Showing posts with label pendapat. Show all posts

Monday, July 27, 2015

KATA-KATA Saff Rainz Yang Buat Pekerja Pejabat Zakat SENTAP 200% !!

luahan-pusat-zakat-mydebat

Permohonan maaf! Kepada semua pegawai zakat seluruh negara, aku minta maaf sebab aku dah kantoikan yang kau orang buat kerja sekadar untuk gaji sahaja.

Ye, aku tahu kau orang terpaksa mengikut prosedur, masuk jam 7 pagi, balik jam 5 petang. Start kerja semak nama-nama asnaf di laptop, main telefon kejap, lepas itu rehat, lepak di kedai-kedai dan borak kemudian naik balik.

Monday, July 6, 2015

Kajian Terhadap Cukai Barangan Dan Perkhidmatan (GST)

Image result for e fatwa

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-106 yang bersidang pada 21 - 22 Oktober 2014 telah membincangkan Kajian Terhadap Cukai Barangan Dan Perkhidmatan (GST). Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:

1. Setelah mendengar pembentangan dan meneliti laporan penyelidikan yang telah disediakan oleh Kumpulan Penyelidik daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan meneliti fakta-fakta, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah bersetuju menerima dan memperakukan hasil penyelidikan yang telah dikemukakan.

Thursday, May 28, 2015

Percayakah Anda ??? Ramai Wanita Kini Sudah Hilang Harga Diri...???


Saya percaya, ramai kaum wanita yang marah dengan tajuk perbincangan saya kali ini. Marahlah!! Kenyataan saya ini adalah satu hakikat. Kenapa? Sebab terlalu ramai wanita kini, tak kira remaja atau dewasa, dara atau isteri orang ataupun janda, selalu tampil dalam pakaian yang ber tel anjang.

Apa maksud pakaian yang bert ela njang? Saya yakin, ramai yang faham maksud saya.Ya!! Berpakaian tetapi dalam masa yang sama mendedahkan anggota badan yang tidak patut didedahkan. Jika dulu sekadar kain belah, berpakaian kain singkat setinggi paras lutut atau memakai pakaian yang berlengan pendek hingga menampakkan lengan atau ketiak.

Thursday, May 7, 2015

Teman Tapi Mesra


"Teman Tapi mesra, payah juga nk menafsirkannya. Saatnya kita merasakan kebahgiaan seiring kita bersama menjalani detik2 indah, semua saling bertoleransi demi 'TTM'. Usia perkenalan yg baru hanya cerita2 indah yg dilalui.. Indahkan, namun TTM belum ada menjanjikan sesuatu yg pasti.. 


Tuesday, March 24, 2015

Bagaimana GST akan susahkan hidup rakyat

Image result for GST

Menjelang pembentangan Bajet 2104, saya mengambil peluang berkongsi sedikit pencerahan. Berdepan dengan pelbagai ancaman, khasnya apa yang digembar-gemburkan mutakhir ini sebagai ‘Twin Deficit’ atau ‘Defisit Berkembar’, debat menjelang pembentangan Bajet 2014 menjadi lebih sengit.


Secara mudahnya, pertama -‘Defisit Fiskal/Budget’ kerana “Berbelanja lebih besar daripada Pendapatan” dan kedua - Defisit Perdagangan kerana “Mengimpot lebih daripada Mengekspot”. Kedua-dua keadaan mendedahkan negara kepada ancaman diturunkan ‘Penarafan Kredit’nya atau ‘Sovereign Rating’.

Friday, April 18, 2014

Jangan ‘main ceduk’ apa saja ke bakul agama – Dr Mohd Asri Zainul Abidin



"April 17, 2014

Menjadi satu masalah yang besar apabila penceramah ataupun penulis mengutip semua cerita yang dia jumpa dalam buku tanpa mampu menilai kemunasabahannya. Bagi mereka yang tidak memahami disiplin ilmu, menganggap setiap yang ada dalam kitab itu sahih. Terbaru kita dengar ada pihak mempopularkan cerita memanggil arwah di Telaga Barahut (Barahut atau disebut juga Burhut seperti yang dinyatakan dalam Lisan al-'Arab).

Kononnya, ada orang memanggil roh dari telaga berkenaan untuk mengetahui di mana hartanya disimpan oleh kawannya sebelum dia meninggal dunia. Mungkin niatnya ikhlas, tapi cerita itu tidak berasas dan 'kartun' sekalipun disebut dalam beberapa kitab. Saya terbayang, jika ini benar, bolehlah kita pergi panggil roh-roh penumpang MH370 dan bertanya di manakah kapal terbang berkenaan hilang.