Mahar
berasal daripada perkataan arab yang mana dalam al-Quran istilah mahar ini
disebut dengan perkataan al-sadaq, al-saduqah, al-nihlah, al-ajr, al-faridah
dan al-‘aqd. Menurut istilah syarak pula mahar ialah suatu pemberian yang wajib
diberikan oleh pihak suami kepada isteri dengan sebab penikahan. Mahar juga
dikenali dengan nama mas kahwin.
Berdasarkan
kepada tafsiran Akta Undang-undang Keluarga Islam wilayah persekutuan telah
menyatakan bahawa ‘mas kahwin’ bermaksud pembayaran perkahwinan yang wajib
dibayar di bawah hukum Syarak oleh si suami kepada si isteri pada masa
perkahwinan di akad nikahkan, sama ada berupa wang yang sebenarnya dibayar atau
diakui sebagai hutang dengan atau tanpa cagaran, atau berupa sesuatu yang
menurut hukum Syarak dapat dinilai dengan wang.