BILA pegawai kerajaan belanja peruntukan yang ditujukan kepada kanak-kanak kurang zat makanan untuk jamuan pejabat, apa lagi yang kita boleh kata?
Apatah lagi perkara bedebah itu dilakukan oleh pegawai-pegawai kesihatan diamanahkan menjaga peruntukan tersebut. Jangan bimbang, Menteri akan beri seribu alasan. Perkara biasa kan?
Kita tahu perkhidmatan awam Malaysia bukan kelas dunia. Tetapi kita tidaklah menjangka yang ianya seteruk itu.
Apa sudah jadi dengan perkhidmatan awam Malaysia? Apa sudah jadi dengan pegawai kerajaan Malaysia?