Pesanan Panaja

Showing posts with label kepimpinan islam. Show all posts
Showing posts with label kepimpinan islam. Show all posts

Monday, June 22, 2015

IS musnahkan makam Nabi Yunus untuk dijadikan taman hiburan


BAGHDAD: Seorang menteri Iraq pada Sabtu mengecam tindakan militan Negara Islam (IS) yang bercadang mengubah tapak makam Nabi Yunus di Mosul, yang telah dimusnahkan pada tahun lalu,  menjadi sebuah taman awam.

Tindakan IS itu disifatkan sebagai sebuah jenayah serius terhadap warisan negara Iraq, lapor portal berita Al Arabiya.

Tuesday, March 31, 2015

Wahai Pemimpin, Bercerminlah Pada Abu Dzar Alghifari


"(Arrahmah.com) - Menjadi pemimpin adalah hal yang sangat berat, sehingga Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam tidak memberikannya kepada seorang Abu Dzar Al Ghifari.

Mengapa amanah kepemimpinan demikian sulitnya diemban, namun niscaya untuk dilakukan. Berikut kekuatan seorang pemimpin yang dapat kita pelajari dari kisah sahabat Nabi, Abu Dzar Al Ghifari, yang disarikan FPPD, Selasa (17/3/2015), dari Buku Ustadz Salim A. Fillah, Dalam Dekapan Ukhuwah.

“Injak kepalaku ini hai Bilal!

Demi Allah, kumohon injaklah!”

Tuesday, July 8, 2014

Siapa Abu Bakr al-Baghdadi?



ABU Bakr al-Baghdadi kini dilantik sebagai Pemimpin Khalifah di Negara Islam oleh Kumpulan Negara Iraq dan Jajahannya (ISIL) juga dikenali Kumpulan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS).

Pada 29 Jun lalu, kumpulan ini mengisytiharkan kewujudan semula Kerajaan Khalifah selepas ia dimansuhkan sejak kewujudan Empayar Uthmaniyyah pada 1924.

Sunday, February 9, 2014

Model Dalam Kepimpinan Dan Kenegaraan Islam

Sekadar Hiasan


1- Rasulullah s.a.w. – Peranan Masjid

Model kepimpinan yang berlaku pada zaman Rasulullah s.a.w. baginda adalah merupakan model sepanjang zaman yang terbaik dalam kepimpinan sesebuah negara.

Pada zaman pemerintahan Rasulullah s.a.w. perkara yang pertama dilakukan oleh baginda setibanya ke Kota Madinah dalam Peristiwa Hijrah adalah mendirikan masjid. Masjid bukan sahaja berperanan sebagai tempat ibadah sahaja, malah merupakan institusi sosial yang cukup penting seperti pusat pembentukan masyarakat, pembinaan komuniti, pusat ekonomi, pusat ilmu, pusat pentadbiran, perbincangan, mendamaikan pergaduhan, mahkamah dan sebagainya.

Thursday, May 30, 2013

Zalim Menurut Islam




Zalim secara bahasa mengandung pengertian "aniaya/celaka" . Zalim secara istilah mengandung pengertian "berbuat aniaya/celaka terhadap diri sendiri atau orang lain dengan cara2 bathil yang keluar dari jalur syariat Agama Islam". Disisi lain zalim bererti "menempatkan/meletakkan sesuatu tidak kena/sesuai dengan tempatnya".

Tuesday, March 12, 2013

KEPIMPINAN ISLAM: KONSEP DAN AMALANNYA



Allah s.w.t. mencipta manusia, melengkapkan mereka dengan keupayaan 
intelek dan menjadikan mereka sebagai khalifah (pemimpin) di atas muka 
bumi. Di samping kejadian manusia, Allah juga mencipta makhluk-makhluk 
dan kejadian lain sebagai sesuatu yang berguna kepada manusia. Dalam 
mencipta kejadian-kejadian ini, Allah membekalkan dua prasarana kepada 
manusia untuk memakmurkan muka bumi iaitu kebolehan mengurus (skill) 
dan sumber-sumber (resources). Tanggungjawab memimpin dan mengurus 
sekumpulan individu atau sesuatu masyarakat untuk mencapai objektif atau 
matlamat terletak kepada bahu pemimpin.