Pesanan Panaja

Showing posts with label amalan. Show all posts
Showing posts with label amalan. Show all posts

Sunday, February 14, 2016

Rupanya ramai yang salah mandi wajib... Ini cara mandi wajib yang betul !!



Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.

Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Thursday, June 25, 2015

Bahaya Soft Drink Untuk Buka Puasa ?


Meminum soft drink saat bulan puasa Ramadhan seperti sekarang, pada waktu malam, terutama ketika berbuka, memang sangat menggoda. Bagaimana tidak, setelah puasa seharian, tenggorokan kita sepertinya akan terasa segar jika dilewati dengan minuman seperti ini. Ditambah, dengan alasan, soft drink tidak seperti minuman suplemen yang mempunyai efek yang sangat berat bagi tubuh, maka kita merasa aman untuk mengonsumsi soft drink. 

Wednesday, June 17, 2015

Ramadan, Fakta Amalan Sunnah 3


Ramadan, Masih ada lagi tentangnya kita tidak tahu! Ramadan adalah bulan bonus dengan gandaan pahala yang ‘unknown, unlimited, infinite’ tetapi pastinya jauh lebih besar daripada 700 kali ganda.  Hadith Qudsi: "Setiap amalan anak Adam adalah digandakan pahalanya kepada sepuluh hingga 700 kali ganda, maka berkata Allah SWT : Kecuali puasa, sesungguhnya ia adalah khas untukKu dan Akulah yang akan membalas kebaikannya, mereka meninggalkan makanan, minuman dan syahwat mereka (di siang hari) hanya keranaKu" (Riwayat Al-Bukhari & Muslim) .

Sunday, April 6, 2014

Anda Selalu Ditindih Oleh Hantu Sewaktu Tidur (Sleep Paralysis)



Fenomena ini mungkin telah seringkali dialami oleh segenap lapisan masyarakat. Tidak kurang juga yang mengaitkan fenomena ini dengan kewujudan hantu/syaitan yang dikatakan ‘menggangu’ manusia yang sedang tidur. Sukar untuk mengetahui kebenaran hal tersebut kerana tiada bukti mahupun teori kukuh yang dapat mengaitkan fenomena ini dengan gangguan hantu/syaitan.

Fenomena ini telah dikaji oleh pengamal perubatan barat yang menamakan fenomen ini sebagai“Sleep Paralysis“ ataupun kelumpuhan sementara semasa tidur. Sleep Paralysis ini mungkin menyebabkan kita berasa takut, terutamanya jika kita ‘ternampak, terasa atau terdengar’ sesuatu yang sebenarnya tiada di situ. Ia mungkin terjadi sekali atau berkali-kali dalam masa semalaman.


Friday, February 14, 2014

Cara Rasulullah Menjaga Kesihatan Diri



Ini adalah cara Rasulullah menjaga kesihatan diri agar tetap sihat

SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH

Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardhu dan solat Subuh secara berjemaah.

Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.

AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN
Rasulullah sentiasa bersih dan rapi. Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.


Monday, December 16, 2013

Kaji Buah Tin & Zaitun, Buat Mereka Pilih Islam





UNGKAP RAHSIA YANG MAHA AGUNG

KEBENARAN A-Quran tidak dapat dibantah lagi, bahkan banyak orang bukan Muslim menjadi Muslim setelah menelaah ayat-ayat Al-Qur'an. Beberapa ahli biologi dari Jepun menyatakan memeluk Islam, selepas Al-Quran menguatkan hasil penyelidikan dan kajian mereka.


Thursday, October 24, 2013

Ubati strok dengan Al-Quran



Assalamualaikum Tuan Haji. Dua minggu lalu ayah saya diserang angin ahmar. Doktor menerangkan berlaku pendarahan besar di dalam otak ayah. Kini ayah terlantar di hospital, lumpuh sebelah kanan badan.

Ayah tidak boleh bercakap dan bergantung kepada kami untuk mengurus diri. Saya meminta tolong Tuan Haji menerangkan rawatan al-Quran untuk angin ahmar. Terima kasih.  -  Khairul, Permatang Pauh



Friday, September 27, 2013

Tip berdoa dan minum air ZAM-ZAM




"Tertib dan Doa Minum Air Zamzam

1. Berniat untuk kesembuhan / kebahagian
2. Berdiri
3. Menghadap ke Qiblat
4. Baca fatihah 1 kali
5. Baca selawat 1 kali seperti dalam solat
6. Minum 3 teguk @ 10ml – 50 ml x 3 kali




Thursday, September 19, 2013

Kelebihan zikir ‘Laailaha illallah’




Di mana sahaja dan pada apa sahaja masa hendaklah baca zikir ‘Laailaha illallah’ dengan banyaknya.

Kelebihan:

1. Di dalam hadis bahawa zikir yang tidak terhad kepada sebarang masa, tempat dan alasan ialah ‘Laailaha illallah’. Ia merupakan zikir yang cemerlang. Di dalam hadis yang lain bahawa ia adalah bentuk kebaikan yang tertinggi.